Saturday 12 July 2014

Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2014

        Pada 8 Julai 2014 hingga 10 Julau 2014, SK Nanga Pakan, Julau telah menjadi salah sebuah sekolah pusat dalam penganjuran Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2014. Program ini merupakan salah satu daripada Gerakan Menjulang Akademik Julau 2.0 (GMAJu 2.0) Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Julau selaras dengan hasrat menjulang akademik Julau untuk meningkatkan prestasi murid-murid yang mendapat keputusan B dan C dalam Ujian Pra UPSR 2014 dan memberi penekanan kecemerlangan modal insan serta kepimpinan.

Matlamat dan Objektif penganjuran program tersebut adalah seperti berikut:
  1. Memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang sedia ada pada pelajar kumpulan near miss cemerlang.
  2. Membantu pelajar kumpulan near miss cemerlang ini untuk mencapai kecemerlangan dalam semua mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik).
  3. Meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dalam UPSR di sekolah.
  4. Meningkatkan peratus kelulusan UPSR 2014 dan Gred Purata Daerah (GPD).


Seramai 50 orang murid terlibat dalam program ini. Murid-murid ini merupakan wakil dari sekolah-sekolah yang berbeza di dalam daerah Julau. Butiran-butirannya adalah seperti berikut:
  1. SK Sungai Sugai         – 8 orang
  2. SK Nanga Pakan         – 15 orang
  3. SK Nanga Engkamop – 6 orang
  4. SK Nanga Pedanum   – 5 orang
  5. SK Nanga Jambu        – 3 orang
  6. SK Nanga Buku          – 2 orang
  7. SK Ulu Entaih            – 5 orang
  8. SK Nanga Babai         – 6 orang


Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2014 ialah:
  • Ceramah motivasi
  • Teknik Menjawab Soalan
  • Latihan Menjawab Soalan
  • Soalan Latih Tubi
  • Penilaian
  • Tindakan Susulan


Berikut merupakan gambar-gambar Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2014: